Register
Home Subsidiari Warisan Jengka Mercu Sdn Bhd
PDF
Print
E-mail
Warisan Jengka Mercu Sdn Bhd

Logo-WJM-3D-vector-transparent-base

latar belakang

Warisan Jengka Mercu Sdn. Bhd. atau nama komersilnya, Mercu View Resort adalah salah sebuah anak syarikat Warisan Jengka Holdings (M) Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 11 September 1998 di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang.

perancangan strategik

Strategi Pemulihan

  • Memperbaiki mutu dan kualiti perkhidmatan
  • Memberi nilai tambah perkhidmatan yang ditawarkan
  • Bergiat aktif dalam industri katering dan makanan
  • Memperhebatkan promosi serta mengadakan aktiviti-aktiviti baru
  • Bekerjasama dengan pengusaha-pengusaha resort yang lain

Strategi Pengukuhan

  • Menambah bilangan bilik ruang seminar dan kemudahan lain

produk

Antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Mercu View Resort ialah:

  1. Penginapan.
    • Mercu View Resort mempunyai 30 unit bilik yang terdiri daripada 18 unit bilik hotel dan 12 unit chalet. Hanya 16 unit bilik hotel dan lapan unit chalet sahaja yang dijual kepada pelanggan kerana 2 unit bilik hotel dan 4 unit chalet telah diubahsuai untuk kegunaan Mercu View Resort. 16 bilik hotel tersebut terdiri daripada 15 unit bilik standard dan satu bilik unit bilik suite. Kadar sewaan bagi bilik suite ialah RM 180.00, manakala bilik standard ialah RM 130.00 dan chalet pula RM 80.00. Semua bilik hotel dan chalet dilengkapi dengan penghawa dingin, televisyen, pemanas air dan juga Wi-Fi. Setiap bilik dan chalet juga menawarkan sarapan pagi bagi dua orang.
  2. Restoran.
    • Mercu View Resort turut menyediakan jualan makanan dan minuman tempatan dan juga antarabangsa. Terdapat empat kafeteria di Mercu View Resort iaitu Belanga Cafe, Garden Cafe, Coffee House dan Orak-Orak Cafe. Belanga Cafe, Garden Cafe dan Coffee House terletak di dalam bangunan hotel manakala Orak-Orak Cafe terletak di bahagian luar hotel yang amat sesuai dengan aktiviti BBQ.
  3. Katering.
    • Mercu View Resort menawarkan tempahan katering seperti pakej kenduri kahwin, majlis rasmi & keraian, pakej ramadhan, pakej jamuan hari raya dan pakej hiburan. Kapasiti minima bagi setiap katering ialah 40 orang dan kapasiti maksima ialah 5,000 orang. Cara hidangan ialah serving dan juga buffet.
  4. Pakej Seminar.
    • Mercu View Resort juga menawarkan kemudahan seminar di Dewan Semarak yang boleh memuatkan 60 pax pada satu masa. Terdapat dua pakej seminar iaitu; pakej pertama menggunakan kadar sewaan jam iaitu RM 50.00 sejam manakala pakej kedua pula ialah sewaan sehari dengan kadar RM 95.00 setiap orang termasuk bilik ‘triple sharing’ dan 6 kali makan.
  5. Pakej Perkahwinan.
    • Mercu View Resort turut menyediakan pakej perkahwinan dengan menyediakan servis serving bagi seratus orang dan servis buffet bagi 1,000 orang.
  6. Pakej Sewaan Peralatan.
    • Mercu View Resort juga ada menyediakan sewaan peralatan kepada orang ramai pada kadar yang amat kompetitif. Berikut adalah senarai peralatan sewaan :

BIL.    PERKARA JENIS HARGA(RM)           
1 Meja bulat 7' 15.00
2 Meja Bulat 5' 12.00
3 Meja Panjang 4' x 4' 10.00
4 Meja Panjang 2' x 6' 8.00
5 Meja panjang 3' x 6' 10.00
Kerusi Banquet 7.00
7 Rostrum  35.00 
Alat Siaraya (PA sistem, 2 mikrofon, 2 speaker)                         300.00 
9 Mikrofon  50.00 
10  Canopy (dengan scalop)  20' x 20' 350.00 
11  Canopy (dengan scalop)  18' x 20' 300.00 
12  Lampu Flouresence  10.00 
13  Lampu Mentol  10.00 
14  Kipas  15.00 
15  Skirting (meja bulat besar)  10.00 
16  Alas Meja Bulat  10.00 
17  Alas Meja Panjang  10.00 
18  Bunga Hiasan Pasu  20.00 
19  Kain Cadar  10.00 
20  Sarung Bantal                            5.00 
21  Tilam Dunlop 10.00 
22  Tilan Bujang Span 10.00 
23  Bantal  10.00 
24  Chafing Dish (stainless steel)  15.00 
25  Napkin  5.00 
26  sarung Kerusi  8.00 
27  Dome (stainless steel)  40.00 
28  Dome (Melamine)  30.00 

alamat

MERCU VIEW RESORT

LINTASAN SEMARAK

26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA,

PAHANG

TEL : +609 467 5650

FAX : +609 467 2737

 

S5 Box

Login



Register

*
*
*
*
*

Fields marked with an asterisk (*) are required.